LATEST

Tiga pam berkapasiti tinggi atasi banjir kilat di Bukit Raja

Tiga pam berkapasiti tinggi atasi banjir kilat di Bukit Raja

SHAH ALAM: Tiga pam berkapasiti tinggi di tempatkan persimpangan Bukit Raja, Klang bagi mengatasi masalah banjir kilat yang kerap melanda kawasan tersebut apabila hujan lebat.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Izham Hashim berkata, tindakan tersebut diambil apabila kawasan berkenaan dipercayai menjadi lembah yang mengumpulkan air dari kawasan Bandar Baru Bukit Raja dan i-City.

Baca juga: Tragedi luncur angin: Mayat doktor ditemukan terdampar atas batu

Tiga pam berkapasiti tinggi ditempatkan di sekitar persimpangan Bukit Raja, Klang sebagai langkah mengawal risiko banjir kilat yang sering melanda kawasan berkenaan.

“Di situ adalah kawasan lembah, air yang berpunca daripada kawasan Hotel Wyndham Acmar terkumpul di hadapan i-City, kita telah siap pasang pam berkenaan pagi tadi dan insya-Allah isu di persimpangan Bukit Raja itu kita dapat selesaikan,” katanya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (PN-Hulu Kelang) berhubung langkah kerajaan negeri bagi mengatasi isu banjir kilat di jalan-jalan di seluruh negeri.

Akhir bulan lalu, Izham dilapor berkata kerajaan negeri akan melaksanakan langkah segera bagi mengatasi isu banjir kilat di kawasan Taman Rashna, i-City, Seksyen 7 dan Bandar Bukit Raja.

Langkah tersebut termasuklah membelanjakan peruntukan sekitar RM2 juta bagi meletakkan pam di kawasan berkenaan dan melaksanakan projek tebatan banjir jangka panjang berjumlah RM40 juta yang diluluskan oleh Kerajaan Persekutuan.

Menurutnya, antara punca banjir di kawasan tersebut apabila hujan lebat turut walaupun dalam tempoh kurang setengah jam.

Jelas Izham, pihaknya mengenal pasti beberapa kawasan yang mempunyai parit erong bermasalah yang bukan sahaja menjadi punca banjir kilat malah turut menyebabkan kerosakan jalan raya.

“Ratusan tempat apabila kita buat rondaan selepas hujan kita lihat air bertakung sedangkan parit masih kosong, jadi kita ambil tindakan untuk betulkan parit erong ini, kita akan betulkan,” ujarnya. – BERNAMA

The post Tiga pam berkapasiti tinggi atasi banjir kilat di Bukit Raja appeared first on Utusan Malaysia.

Latest news