LATEST

Operasi cari doktor hilang di perairan Tanjung Bungah diteruskan

Operasi cari doktor hilang di perairan Tanjung Bungah diteruskan

audreymd@nst.com.my

Baca juga: Populariti bukan sekadar nama, ia tanggungjawab kata Zarif Ghazzi

Georgetown: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang doktor berusia 74 tahun yang dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti luncur angin di perairan Tanjung Bungah, di sini, disambung semula pagi ini.

Operasi hari ini menggunakan tujuh bot dan helikopter itu bagi menjejaki mangsa yang hilang kira-kira jam 7.42 malam semalam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, John Sagun Francis berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua yang diselaraskan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) itu meliputi kawasan seluas 94.76 batu nautika persegi.

“Kawasan pencarian dibahagikan kepada lima sektor laut dan satu sektor udara di sekitar lokasi terakhir mangsa berada,” katanya dalam satu kenyataan.

John berkata, operasi itu membabitkan dua bot milik jabatan bomba, dua daripada Pasukan Bomba Sukarela, serta masing-masing sebuah bot daripada APMM, polis dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Pasukan operasi kami turut menjalankan pencarian di permukaan air dalam radius 1.36 batu nautika persegi,” katanya sambil menambah seramai 11 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal serta Butterworth, termasuk anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikerahkan ke lokasi kejadian.

Setakat jam 9 pagi hari ini, mangsa masih belum ditemui.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Latest news