Tiba-tiba sahaja, wanita asal Indonesia yang merupakan seorang influencer dikenali sebagai Mondy popular di media sosial selepas pendakwah, Ebit Lew membawanya ke Malaysia.
Walaupun menafikan pelbagai dakwaan termasuklah menegaskan bahawa tatu yang dicacah di badannya dibuat sendiri serta pendakap gigi adalah palsu, dia tetap dikecam netizen kerana masih ragu dengan perkara tersebut memandangkan beberapa video lamanya tersebar.
Namun, Mondy dilihat seperti ‘kalis kecaman’ apabila tetap berkongsi video-video dengan latar belakang muzik yang pelbagai di media sosialnya.
@mondy_tatto nasib janda 😅 apa apa sendiri 🥰 #indonesia🇮🇩 #viral #mondytatto #fyppppppppppppppppppppppp #fyp
Disebabkan itu, dia telah mendapat pelbagai komen daripada warganet termasuklah netizen dari Indonesia apabila memintanya mengurangkan konten-konten dan fokus kepada penghijrahannya.
Dalam pada itu, ada juga yang kurang percaya dengan penghijrahannya kerana dilakukan secara mendadak dan video yang dikongsikan Ebit Lew turut mencetuskan pelbagai keraguan daripada sesetengah pihak.







Untuk rekod, Mondy merupakan seorang ibu tunggal berusia 22 tahun yang ditemui Ebit Lew sewaktu ke Jakarta. Dia yang mengaku dalam salah satu podcast di Indonesia bahawa pernah mendirikan rumah tangga sebanyak empat kali turut mempunyai seorang anak.
Tubuhnya dipenuhi dengan tatu termasuklah bola matanya sehingga ada yang kurang yakin bahawa dia hidup sebagai gelandangan memandangkan kos membuat tatu bukannya murah.
Walau bagaimanapun, wanita punk tersebut menafikan bahawa tatu berkenaan dibuat dengan harga yang mahal kerana mencacahnya sendiri serta hanya memakai braces palsu berharga RM15 sahaja.
Sumber: Instagram Mondy tatoo, TikTok Mondy tatoo




