PUTRAJAYA – Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa meluangkan masa melawat ruang pameran pemain industri yang terlibat dalam Persidangan dan Pameran Perkhidmatan Sokongan Hospital (HcFM CONFEX 2023).
Sebanyak lima syarikat menjadi Platinum Sponsor kepada persidangan dua hari yang bermula semalam.
Antaranya adalah syarikat Advance Pact Sdn Bhd (APSB) yang turut mempamerkan kejayaan terbaru syarikat itu membangunkan alat bantuan pernafasan (ventilator) atau Ventech S1 yang boleh digunakan di klinik-klinik dan hospital.
Semasa sesi lawatan itu, Ketua Pegawai Operasi, Siti Ainol Khabtiah Mohd Jamil turut memberi penerangan tentang ventilator keluaran syarikat tersebut kepada Menteri Kesihatan.
Ventech S1 boleh digunakan di dalam wad biasa atau Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital.
Kecanggihan pembangunan ventilator syarikat tersebut terbukti apabila ia bukan hanya boleh digunakan di hospital malah di rumah atau mana-mana tempat yang sesuai dalam keadaan mobilisasi.
Selain itu Zaliha turut melawat ruang pameran pelbagai pemain industri yang terlibat dalam persidangan perkhidmatan dan pengurusan sokongan hospital.
Sebagai rekod, HcFM CONFEX 2023 berlangsung selama dua hari sejak semalam. -MalaysiaGazette




