1,063 kes COVID-19 hari ini yang terendah sejak Januari

1,063 kes COVID-19 hari ini yang terendah sejak Januari

bhnews@bh.com.my

PUTRAJAYA: Malaysia mencatatkan 1,063 kes baharu COVID-19 iaitu yang terendah sejak Januari lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, berkata pertambahan kes hari ini hanya membabitkan tiga negeri yang mencatatkan kes baharu tiga angka.

Katanya, tiga negeri berkenaan ialah Selangor dengan 323 kes, diikuti Sarawak dengan 183 kes 175 kes di Pulau Pinang.

“Selain itu, Putrajaya dan Perlis tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini,” katanya dalam Twitter, di sini, hari ini.

Bagi negeri lain yang mencatatkan kes baharu hari ini, Dr Noor Hisham berkata, Johor melaporkan 91 kes baharu, Kuala Lumpur (86); Kelantan (67); Kedah (32); Perak (24); Terengganu (23) dan Negeri Sembilan (17).

“Pahang pula mencatatkan dua kes baharu, manakala Melaka dan Labuan masing-masing satu kes baharu,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top