Trudeau mohon maaf selepas Parlimen Kanada puji veteran Nazi

Trudeau mohon maaf selepas Parlimen Kanada puji veteran Nazi

Tetapi Rota kemudian mendapati Hunka sebenarnya telah berkhidmat di bawah Nazi menentang Soviet.

“Ini adalah kesilapan yang amat memalukan Parlimen dan Kanada. Kami semua yang berada di Dewan ini pada Jumaat amat menyesal kerana berdiri dan bertepuk tangan walaupun kami tidak mengetahui perkara sebenar.

“Satu kesilapan sedangkan berjuta-juta orang yang maut ketika Holocaust. Amat menyakitkan kepada mangsa yang menjadi sasaran rejim Nazi dalam Perang Dunia II,” kata Trudeau pada Rabu.

Beliau berkata, Kanada amat menyesal dengan situasi yang turut mengaitkan Presiden Zelensky dan delegasi Ukraine.

“Amat membimbangkan kerana kesilapan besar ini telah dipolitikkan oleh Rusia dan penyokongnya, untuk memberikan propaganda palsu tentang apa yang diperjuangkan oleh Ukraine,” kata Trudeau.

Rusia menyerang Ukraine pada Februari tahun lalu dan Moscow telah berulang kali merujuk  kepimpinan Kyiv sebagai neo-Nazi, satu tuduhan yang dikecam masyarakat antarabangsa.

Semasa Perang Dunia II, nasionalis Ukraine Stepan Bandera bekerjasama dengan Nazi menentang Kesatuan Soviet dan menubuhkan Tentera Kebangsaan Ukraine.

Dia dibunuh oleh ejen KGB di Munich pada tahun 1959. – Bernama-dpa

Scroll to Top