
Darren (dua dari kanan) meledak gol tunggal ketika membantu Malaysia menewaskan Taiwan 1-0 dalam saingan Kumpulan D Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 di Taipei pada Selasa. – Foto Facebook FAM
MALAYSIA meneruskan momentum kemenangan dalam saingan Kumpulan D Pusingan Kedua Kelayakan Piala Dunia 2026/ Piala Asia 2027 setelah menewaskan Taiwan di laman lawan 1-0 sebentar tadi.
Kemenangan itu sekali gus memadam badi skuad Harimau Malaya tewas tiga kali di gelanggang lawan sejak tahun 2000.
Jurulatih negara, Kim Pan-gon melakukan beberapa pertukaran pemain berbanding ketika Malaysia menewaskan Kyrgyzstan 4-3 di Stadium Nasional Bukit Jalil Khamis lalu.
Ia melibatkan jentera tengah Afiq Fazail bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Brendan Gan, manakala Paulo Josue pula mengambil alih posisi Darren Lok sebagai penyerang.


