PARIS Saint-Germain (PSG) meraih kemenangan dramatik terpaksa beraksi 10 pemain selepas penjaga gol, Gianluigi Donnarumma dibuang padang ketika menewaskan Le Havre 2-0 dalam aksi Ligue 1 di laman lawan awal pagi Isnin.
Ketiadaan Donnarumma yang dilayangkan kad merah pada minit ke-10 diganti penjaga gol muda, Arnau Tenas yang melakukan penampilan sulung pertama buat pemain berusia 20 tahun itu.
Di sebalik kemenangan hasil jaringan Kylian Mbappe dan Vitinha, PSG dipaksa bekerja keras mengekang asakan tuan rumah dan kejayaan itu meletakkan skuad bimbingan Luis Enrique di takhta liga berkelebihan empat mata berbanding Nice di tangga kedua.
“Saya amat bangga dengan apa yang dipamerkan para pemain. Mentaliti, keupayaan untuk menyesuaikan diri dengan perkara berbeza yang berlaku ketika perlawanan dan semangat juang pasukan,” ujar Enrique.



