Young Tigers garang ratah Chile

Young Tigers garang ratah Chile

Pemain negara, Adam Ashraf dicabar dua pemain Chile ketika aksi sulung Kumpulan A Piala Dunia Remaja 2023 di Stadium Hoki Nasional sebentar tadi. Foto Bernama

MALAYSIA menepati ramalan apabila mudah membenam Chile 7-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan A Piala Dunia Hoki Remaja Lelaki 2023 di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi.

Lebih manis, kemenangan besar itu berjaya dirakamkan di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berkenan hadir ke stadium.

Muhammad Harris Iskandar Osman memulakan pesta gol skuad Young Tigers apabila meledak gol pertama menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-13.

Barisan kendalian Muhammad Amin Rahim itu terus menggamatkan stadium apabila Muhammad Danish Aiman Khairil Anuar menyumbat gol kedua hasil jaringan padang pada minit ke-23.

Scroll to Top