
Penyokong Bola Sepak Terengganu FC atau lebih dikenali ‘Geng 12 FC’ menyiapkan bendera negeri dan kain rentang bersaiz gergasi menjelang kehangatan perlawanan akhir Piala Malaysia ketika tinjauan di Gong Badak. – Foto Bernama
BENDERA negeri dan kain rentang bersaiz gergasi memaparkan kata-kata semangat akan mengiringi pasukan Terengganu FC (TFC) untuk berjuang menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam esok.
Pengerusi Kelab Penyokong Bola Sepak dan Futsal Terengganu, Mohd Juslihadi Mohamad berkata, pihaknya bertungkus-lumus menyiapkan bendera dan kain rentang bersaiz 15×15 meter itu sejak seminggu lepas dengan kos sebanyak RM3,000.
Beliau berkata, walaupun terpaksa mengorbankan masa, tenaga dan wang, ahli-ahli kelab amat berpuas hati kerana dapat menzahirkan sokongan padu kepada pasukan kesayangan mereka.
“Komitmen yang ditunjukkan oleh ahli amat tinggi. Kami menyiapkan kain rentang dan bendera ini secara gotong-royong menggunakan wang kutipan ahli.



