
Keadaan terkini padang Stadium Nasional Bukit Jalil. Gambar kecil: MOHD AZRAAI
PERBADANAN Stadium Malaysia (PSM) perlu mengambil iktibar susulan insiden padang rosak di Stadium Nasional Bukit Jalil sempena aksi final Piala Malaysia pada Jumaat.
Pemerhati bola sepak negara, Mohd Azraai Khor Abdullah berkata, insiden yang berlaku itu sudah semestinya akan memberikan gambaran buruk kepada arena sukan Malaysia.
“Keadaan ini bagi saya adalah satu pengajaran yang sangat berguna kepada semua pihak terutama PSM dalam menyediakan padang yang baik untuk aksi final.
“Kalau ikutkan, keadaan padang rosak ini bukan kali pertama berlaku kerana pada Pestabola Merdeka sudah berlaku perkara sama kerana padang digunakan awal dan tidak cukup tempoh matang.



