
Ronaldo mengelecek bola melepasi kawalan pemain Al-Shabab. – Foto AFP
CRISTIANO Ronaldo menjaringkan gol ke-50 peribadinya tahun ini untuk membantu Al-Nassr mara ke separuh akhir Piala Raja Saudi dengan kemenangan 5-2 di Al-Shabab.
Penyerang utama Al-Nassr itu juga meledak gol ke-26 musim ini apabila pasukannya menewaskan pasukan pasukan tuan rumah, dengan Sadio Mane turut mencipta nama selaku penjaring buat kali pertama sejak September.
Ronaldo menerima bola di dalam kotak penalti pada minit ke-74 dan melepaskan rembatan melepasi penjaga gol Al-Shabab.
Ia menyalakan harapan Al-Nassr untuk memenangi pertandingan itu selepas gagal menjulang trofi tersebut sejak 1990.



