
Pemain Selangor FC, Brendan Seng Ling Gan (tiga dari kiri) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika menentang pasukan PDRM FC pada saingan Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya pada Ahad. – Foto Bernama
SELANGOR FC sah menempah slot ke saingan saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) musim depan selepas mengakhiri saingan Liga Super pada kedudukan kedua.
Perkara itu diumumkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) yang menyaksikan skuad Gergasi Merah itu akan kembali ke pentas Asia buat kali pertama selepas lapan tahun.
“Tahniah diucapkan kepada Selangor FC yang akan mewakili Liga Malaysia di pentas Asia untuk musim 2024/2025.
“Selangor FC akan beraksi di AFC Champions League 2 (ACL2). Semoga berjaya,” kata MFL dalam hantaran di laman Facebooknya pada Selasa.



