Yusri tak tahu mengenai hijrah ‘Messi’ ke Perak FC

Yusri tak tahu mengenai hijrah ‘Messi’ ke Perak FC

Muhammad Faiz – Foto: FB Terengganu FC

KETUA Jurulatih Perak FC Yusri Che Lah berkata beliau tidak tahu-menahu mengenai spekulasi penghijrahan pemain tengah Terengganu FC, Muhammad Faiz Mohd Nasir bagi memperkuatkan Perak FC pada kempen Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Yusri berkata, ketika ini tiada perbincangan dilakukan dengan bekas pemain kebangsaan berusia 31 tahun yang berasal dari Pasir Mas, Kelantan itu.

“Ia hanya bersifat khabar angin dan kalau mahu tahu situasi ini dengan lebih terperinci boleh tanyakan kepada pihak pengurusan kerana perkara itu di bawah bidang kuasa mereka,” katanya ketika pada Isnin.

Sebelum ini tular di media sosial bahawa Muhammad Faiz yang beraksi sebagai pemain berstatus pinjaman di Kelantan United FC pada musim ini, hangat dikaitkan dengan perpindahan ke Perak.

Scroll to Top