Ramai orang mahu lihat City tersungkur – Guardiola

Ramai orang mahu lihat City tersungkur – Guardiola

PEP Guardiola percaya lebih ramai yang mahu melihat Manchester City gagal selepas kelab itu memenangi trofi kelima mereka dalam setahun.

City kembali ke aksi domestik Inggeris di Everton, awal pagi Khamis selepas menambah Piala Dunia Kelab dalam kabinet trofi mereka selepas membelasah kelab Brazil Fluminense, 4-0 di Arab Saudi.

Mereka telah menjulang Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris (EPL), Piala FA dan Piala Super Eropah pada tahun 2023.

Tiada kelab dalam sejarah bola sepak Inggeris yang menikmati tahun yang begitu berjaya, walaupun Guardiola memenangi enam trofi ketika mengendalikan Barcelona pada 2009 apabila pasukan Catalan itu memenangi La Liga, Copa del Rey, Piala Super Sepanyol, Piala Super Eropah, Liga Juara-Juara dan Piala Dunia Kelab.

Scroll to Top