
Mohamad Taufik Rizal (dua dari kiri), Nik Justin (tengah), Khairul Azlan (dua dari kanan) ketika Majlis Pengumuman Jurulatih Profesional Program Todak Apprentice pada Khamis
TODAK Apprentice melantik tiga jurulatih profesional rasmi bagi melatih peserta sepanjang program itu berlangsung dalam usaha melahirkan pemain Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang berkemahiran dan berkeyakinan tinggi.
Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy, Mohamad Taufik Rizal berkata, program tersebut diadakan setelah menerima permintaan yang tinggi daripada orang ramai untuk menyertai Todak sebagai pemain e-sukan.
“Kami menjadikan Todak Apprentice sebagai satu platform untuk berlatih secara sihat, kompetitif dan profesional.
“Kami berharap ia akan menjadi laluan terbaik untuk mereka yang berminat untuk mengejar kerjaya dalam MLBB,” katanya kepada Sinar Harian ketika Majlis Pengumuman Jurulatih Profesional Program Todak Apprentice pada Khamis.



