Kuala Lumpur: Selaras dengan komitmen untuk menawarkan perlindungan kesihatan yang mampu milik dan mudah diakses, baru-baru ini AIA Malaysia bekerjasama dengan TNG Digital Sdn Bhd (TNGD) memperkenalkan pelan Insure360 sekali gus menandakan satu lagi kolaborasi digital berinovatif daripada kedua-dua syarikat.
Selari dengan kemajuan telekomunikasi yang serba mudah alih, pelan Insure360 tersedia melalui platform GOprotect pada aplikasi Touch ‘n Go eWallet yang membolehkan pengguna mendapatkan perlindungan insurans dengan lebih pantas, lancar dan pada harga berpatutan di hujung jari mereka.
Insure360 sesuai buat individu yang inginkan perlindungan insurans perubatan asas dan penyakit kritikal yang kos efektif atau pun ingin mempertingkatkan tahap perlindungan insurans perubatan manfaat pekerja sedia ada mereka.
Dari premium serendah RM10 sebulan, Insure360 menawarkan perkhidmatan nilai tambah kepada pengguna Touch ‘n Go e Wallet yang memerlukan perlindungan perubatan mahu pun penyakit kritikal ketika menghadapi situasi tak diduga.
Ketua Pegawai Pemasaran AIA Malaysia, Heng Zee Wang, berkata pelan Insure360 turut dilancarkan dengan matlamat merapatkan jurang perlindungan dengan menawarkan produk yang dapat memenuhi keperluan insurans kesihatan rakyat Malaysia.

“Kami teruja dengan satu lagi kerjasama dengan TNG Digital sebagai sebahagian daripada usaha kami untuk menjadikan insurans lebih mudah diakses oleh rakyat Malaysia. Insure360 bukan sahaja menyediakan penyelesaian fleksibel malah ia membolehkan pengguna Touch ‘n Go eWallet mendapatkan insurans penyakit kritikal dengan mudah, sebagai tambahan kepada insurans perubatan mereka.
“Berdasarkan kajian dan maklumat pasaran, kami mendapati insurans penyakit kritikal tidak diberikan keutamaan walaupun ia sebenarnya berperanan penting dalam proses pemulihan seseorang.
“Ini digabungkan dengan pelbagai perkhidmatan nilai tambah lain yang disediakan AIA dan penyedia perkhidmatan kami, menjadikan Insure360 satu langkah positif ke hadapan untuk meningkatkan tahap perlindungan rakyat Malaysia,” katanya.
Walaupun kepekaan rakyat Malaysia mengenai kepentingan insurans semakin mendapat perhatian disebabkan pandemik, kadar perlindungan masih pada tahap rendah.
Menurut laporan Bank Negara Malaysia melalui tinjauan The Financial Capability and Inclusion Demand Side (FCI) yang dijalankan pada tahun 2021 mendapati bahawa 47 peratus daripada responden mengalami kesukaran untuk mengumpul RM1,000 sebagai dana kecemasan.
Ini menunjukkan hampir separuh daripada rakyat Malaysia (responden) tidak bersedia untuk berhadapan dengan perbelanjaan tidak dijangka termasuk kos perubatan yang tinggi.
Cakna dengan beban kewangan yang mungkin dihadapi individu daripada golongan ini, Ketua Pegawai Eksekutif TNG Digital, Alan Ni menyatakan, Insure360 direka bagi membantu pengguna Touch ‘n Go eWallet mendapat akses kepada penyelesaian insurans kesihatan yang menyeluruh dan komprehensif tanpa mengira tahap pendapatan.
“Matlamat kami adalah untuk menggalakkan inklusi kewangan dengan menawarkan perlindungan insurans pada harga berpatutan kepada setiap lapisan sosioekonomi. Dengan proses permohonan yang tidak merumitkan, pengguna boleh menyesuaikan pelan Insure360 mengikut keperluan dan bajet mereka.
“Sama seperti produk insurans lain di bawah ciri GOprotect pada Touch ‘n Go eWallet, pengguna juga boleh menikmati proses tuntutan yang lancar dengan aplikasi digital sepenuhnya,” katanya.
Pelan disesuaikan penuhi keperluan unik pengguna
Memahami setiap individu mempunyai keperluan insurans berbeza, Insure360 didatangkan dengan pilihan perlindungan fleksibel, terdiri daripada pelan perubatan peribadi, penyakit kritikal atau pelan yang menggabungkan kedua-dua perlindungan yang boleh didapatkan tanpa perlu menjalani pemeriksaan perubatan.
Untuk menikmati manfaat daripada kedua-dua perlindungan perubatan dan penyakit kritikal, pengguna mempunyai kebebasan untuk menambah serta memadankan produk insurans berbeza dengan pelbagai pilihan pelan atau memilih pakej 2-dalam-1 menerusi proses pendaftaran lebih ringkas dan mudah.
Dengan kemudahan pembayaran premium fleksibel, sama ada secara bulanan atau tahunan, pengguna boleh memilih pelan sesuai dengan keadaan kewangan mereka di mana ia boleh diperbaharui setiap tahun sehingga umur 70 tahun.
Dalam kedua-dua pilihan, pengguna dilindungi untuk perbelanjaan kemasukan hospital. Selain itu, apabila didiagnosis menghidap mana-mana lima penyakit kritikal (kanser, serangan jantung, strok, kegagalan buah pinggang dan penyakit arteri koronari), pengguna akan menerima bayaran sekali gus sehingga RM100,000.
Selain itu, pengguna akan menerima elaun bantuan gaya hidup sebanyak RM5,000 sebulan selama tiga bulan yang bertujuan membantu mendapatkan khidmat jururawat atau pembantu rumah semasa menjalani proses pemulihan.
Pelbagai kelebihan serta ciri nilai tambah Insure360
Antara ciri unik lain pelan perubatan Insure360 ialah pengguna boleh menggabungkan manfaat Insure360 dengan manfaat pekerja sedia ada.
Lazimnya, pelan perubatan didatangkan dengan deduktibel, iaitu jumlah pendahuluan yang perlu dibayar sebelum pelan perubatan mula menampung kos baki perubatan. Semakin tinggi jumlah deduktibel, semakin rendah premium yang perlu dibayar.
Pelan perubatan Insure360 memberi pilihan kepada pengguna untuk memilih jumlah deduktibel jika mereka mempunyai perlindungan manfaat pekerja. Sekiranya ada, pengguna boleh menggunakan pelan manfaat pekerja untuk membayar amaun deduktibel terlebih dahulu, dan baki kos rawatan akan dilindungi oleh pelan perubatan Insure360.
Selain itu, pelan ini juga memberikan pengguna akses kepada rangkaian hospital panel AIA yang meluas di seluruh Malaysia dengan kemasukan tanpa tunai.
“Perlindungan menyeluruh Insure360 membantu memudahkan urusan pengguna. Senario ini lazimnya berlaku apabila terdapat keperluan segera untuk membiayai rawatan perubatan selepas didiagnosis penyakit kritikal, tetapi tidak memiliki perlindungan insurans yang mencukupi.
“Perlindungan manfaat pekerja juga mungkin tidak dapat menampung kos rawatan yang semakin meningkat disebabkan inflasi perubatan selain soal bayaran pendahuluan hospital yang tinggi. Kebimbangan ini dapat diatasi dengan Insure360.
“Ini bertujuan agar pengguna mempunyai pelan perlindungan kesihatan yang selaras dengan gaya hidup dan kemampuan mereka. Kami yakin Insure360 adalah penyelesaian yang dapat membantu pengguna mencapai kehidupan lebih sihat, berpanjangan dan bermakna,” jelas Zee Wang.
Insure360 turut menawarkan akses kepada Perkhidmatan Pengurusan Kes Perubatan Peribadi AIA yang menghubungkan pengguna dengan pakar terkemuka di seluruh dunia bagi mendapatkan nasihat perubatan dan cadangan rawatan selain perkhidmatan perubatan maya yang membolehkan mereka menerima nasihat perubatan dari keselesaan rumah sendiri.
“Pengguna boleh menikmati proses tuntutan yang mudah secara dalam talian atau melalui pautan tuntutan yang dikongsi dalam e-mel pengeluaran polisi. Pengguna hanya perlu memuatnaik dokumen diperlukan ke platform GOprotect dan setelah tuntutan diluluskan, pembayaran akan disalurkan terus ke akaun bank yang telah didaftarkan pengguna,” kata Alan.
Individu yang layak mendaftar untuk Insure360 mestilah pengguna Touch ‘n Go eWallet disahkan dan berumur antara 18 dan 50 tahun, pemastautin tetap Malaysia, pemegang permit kerja, pemegang pas atau individu bekerja secara sah dan menetap di Malaysia.
Layari https://www.touchngo.com.my/consumer/insurance/insure360/ untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Insure360.
© New Straits Times Press (M) Bhd




