
Pemain Arab Saudi meraikan jaringan penyamaan ketika berdepan Oman. – Foto: AFP
ARAB Saudi bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Oman 2-1 dalam aksi pembukaan Kumpulan F, Piala Asia 2023 di Stadium Antarabangsa Khalifa pada Rabu.
Oman terlebih dahulu di hadapan menerusi gol penalti pada minit ke-14 menerusi Salaah Al-Yahyaei sebelum Abdulrahman Ghareeb menyamakan kedudukan untuk Arab Saudi yang terpaksa menunggu sehingga minit ke-78.
Dengan kedudukan terikat 1-1, Al-Bulayhi menjaringkan gol menerusi tandukan jarak dekat walaupun bendera penjaga garisan serta-merta dinaikkan kerana ofsaid, namun VAR menghadiahkan gol kepada pasukan Roberto Mancini.
“Gol itu adalah hadiah kepada rakyat Saudi,” kata Al-Bulayhi.



