Maxis Business meneruskan komitmen bagi memastikan keter hubungan berterusan menerusi Penyelesaian Internet Kebendaan (IoT) & Ketersambungan.
Menerusi kolaborasi antara Maxis Business dan pengendali rangkaian pengecas kenderaan elektrik (EV) JomCharge, EV Connection, pengendali telekomunikasi terkemuka itu menampilkan keupayaannya dalam membawakan penyelesaian sesuai untuk menjadikan ekosistem EV lebih lancar di Malaysia.
Maxis menawarkan penyelesaian ketersambungan IoT sebagai integrasi penting untuk melancarkan lagi pengalaman pemilikan EV di Malaysia.
Maxis Business ialah penyedia ketersambungan terkemuka yang membolehkan kenderaan yang disambungkan.
Ketua Amalan Korporat dan Perusahaan, Claire Featherstone, berkata Maxis Business ber harap untuk menghubungkan lebih banyak kenderaan elektrik kepada penyelesaian IoT dengan agenda kerajaan seperti National Energy Transition Roadmap (NETR).
Syarikat itu telah memulakan perjalanan untuk memangkin transformasi mobiliti, dengan membawa pendekatan jelas ba hawa aliran data, maklumat dan komunikasi yang lancar adalah kunci bagi mendorong mobiliti pintar masa hadapan.
Untuk menghubungkan masa depan mobiliti pintar, pendekatan yang digunakan adalah untuk mengurangkan kebim bangan pengguna tentang EV, seperti kegusaran membabitkan jarak pemanduan atau pengecasan.
Menurut Maxis Business, perjalanan pelanggan ke arah EV boleh digalakkan serta dilaksanakan dengan tersusun menerusi kerjasama dengan pengendali perkhidmatan pengecasan.

Ketua Amalan Korporat dan Perusahaan Maxis Business, Claire Featherstone.
Ini termasuk membolehkan penyampaian maklumat masa nyata kepada pengguna melalui aplikasi pengendali titik pengecasan. Langkah itu bagi memastikan kebolehpercayaan sambungan mudah alih di titik pengecasan EV di kawasan yang lebih terpencil, seperti bahagian bahagian lebuh raya yang tertentu.
Justeru, kebimbangan itu boleh dikurangkan dengan menyediakan masa nyata pada lokasi dan ketersediaan titik pengecasan EV, termasuk masa menunggu, waktu puncak dan bukan waktu puncak, pilihan pembayaran, dan lain lain.
Selain itu, pengendali titik pengecasan EV boleh berusaha ke arah kecemerlangan opera si menerusi keterlihatan masa nyata pada infrastruktur dan aset mereka melalui rangkaian IoT Maxis untuk pengesanan awal sebarang anomali atau isu dan meminimumkan sebarang masa henti.
Bagi memastikan penyelesaian ditawarkan Maxis bertepatan dengan keperluan pelanggan pengendali telekomunikasi tersebut bekerjasama dengan pengendali pengecasan EV, seperti EV Connection bagi memperhalus ketersambungan rangkaian mudah alih mengikut keperluan serta menampilkan pilihan ber beza untuk memenuhi aspek ke penggunaan pelanggan tertentu.
Tingkat keyakinan rakyat

Pengarah Urusan EV Connection, Ir Lee Yuen How.
Menurut Pengarah Urusan EV Connection, Ir Lee Yuen How, langkah mewujudkan rangkai an pengecasan komprehensif sangat penting untuk mening katkan tahap keyakinan rakyat Malaysia terhadap penggunaan EV di negara ini.
Pembangunan infrastruktur pengecas EV semakin giat berkembang, ke arah mencapai sasaran kerajaan untuk mempunyai sebanyak 10,000 pengecas EV di Malaysia menjelang 2025.
Ini bermakna, untuk mencapai sasaran tersebut, kita perlu mempunyai pengecas bukan sahaja di sepanjang bandar utama dan lebuh raya, tetapi juga di perbandaran yang lebih kecil dan lokasi yang lebih terpencil.
Untuk memastikan pengguna mendapat maklumat masa nyata mengenai lokasi pengecas yang disediakan dan status operasi, sama ada ia tersedia, digunakan atau tidak tersedia, semua pengecas perlu memiliki sambungan internet untuk menyambung ke pelayan awan JomCharge.
Justeru, kesalinghubungan bukan sekadar terbentuk di bahagian pencegasan, sebagai contoh pengguna memerlukan aplikasi JomCharge dalam peranti mudah alih untuk dapat memulakan pengecasan di bahagian pengecas.
Oleh itu, ketersambungan pada kedua-dua pengecas dan peranti mudah alih pengguna adalah penting untuk memastikan kereta dapat dicas.
“Sebagai pengendali pusat pengecasan, kami perlu memastikan operasi pengecas adalah optimum untuk memberi jami nan kepada pengguna bahawa sebaik sahaja sampai ke lokasi, anda dapat mengecas kenderaan anda sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.
“Sebelum ini, kami menggunakan jenama telekomunikasi lain. Sepanjang operasi kami, JomCharge menghadapi beberapa masalah yang boleh diklasifikasi dalam tiga aspek iaitu kebolehpercayaan sambungan, pengurusan mudah dan kos kompetitif,” katanya.
Dengan sokongan penyelesaian Maxis Business, Jom Charge dapat menyediakannya maklumat mengenai kawasan liputan rangkaian, sekali gus mengurangkan kerumitan pasukannya.
“Tambahan pula, kami mendapati bahawa IoT ketersambungan Maxis Business lebih dipercayai dan konsisten,” katanya.
Selain itu, pengurusan papan pemuka ketersambungan IoT oleh Maxis Business membo lehkan EV Connection meman tau setiap kad SIM untuk keter lihatan operasi dan penggunaan yang lebih baik.
Yuen How berkata, bahawa penawaran harga yang berpatu tan juga membolehkan mereka mengekalkan daya saing kos ketersambungan sambil menumpukan pada melancarkan lebih banyak pengecas.
Di sebalik stesen pengecasan konvensional, Yuen How turut mendedahkan perkembangan menarik yang dibolehkan oleh kerjasama dengan Maxis Business, termasuk pengenalan pengecas EV yang disokong oleh bateri modular pertama di Behrang, Perak (arah Utara) di Lebuhraya PLUS.
Inovasi ini bakal meningkatkan pengalaman pengecasan untuk pengguna semasa dalam perjalanan.
Klik di sini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis Business.
© New Straits Times Press (M) Bhd




