Pengorbanan ‘abang rambut perang’ jual motosikal untuk ke Qatar

Pengorbanan ‘abang rambut perang’ jual motosikal untuk ke Qatar

Derrick menangis ketika meraikan gol kedua Harimau Malaya.

SEORANG penyokong Harimau Malaya mencuri tumpuan selepas dilihat menangis ketika meraikan gol kedua pasukan negara ketika perlawanan terakhir Kumpulan E saingan Piala Asia 2023 menentang Korea Selatan di Stadium Al Janoub.

Tangisan pemuda yang dikenali sebagai Derrick Gan itu mendapat perhatian apabila turut tular kisahnya yang menjual sebuah motosikal untuk menyaksikan penampilan Harimau Malaya di Qatar.

Derrick yang dipanggil ‘abang rambut perang’ selepas videonya menangis meraikan gol itu tular di media sosial mengiklankan untuk menjual motosikalnya di laman Facebook miliknya pada 28 Disember tahun lalu.

“Mencari dana ke Qatar. Malaysia Road to Asia. Tumpang lalu adik nak lepaskan motor demi negara tercinta.

Scroll to Top