Pelakon Risteena menjadi perhatian apabila memuat naik hantaran mengenai impiannya untuk menimang cahaya matanya sendiri.
Menerusi satu hantaran di Instagram, Risteena dilihat memuat naik gambarnya mendukung seorang bayi serta meminta orang ramai mendoakan buatnya.
BACA: Posting Isa Khan Cetus Tanda Tanya, Rumah Tangga Dengan Risteena Bergolak?
“Sekarang pinjam anak orang je. Tak sabar nak ada anak sendiri nanti. Tahun depan la okey. Tahun ni busy sikit. Korang doakan please,” tulisnya.
Sementara itu, dalam satu hantaran lain Risteena turut meminta teknologi kecerdasan buatan (AI) menghasilkan gambar ramalan wajah anaknya sendiri.
Diruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar impian Risteena dimakbulkan serta berharap rumah tangganya dengan pelakon Isa Khan kekal bahagia.
Pada Mac lalu, perkongsian Isa Khanmenjadi tanda tanya apabila dilihat memuat naik kapsyen seolah-olah memberi bayangan mengenai perpisahan dengan Risteena.
Isa memuat naik kapsyen seakan memberi gambaran merngenai perpisahan serta mengatakan bahagia disangka akan kekal selamanya.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Isa Khan mahupun Nur Risteena bagi menjelaskan mengenai hantaran itu.
