Liat bayar cukai, PBT sukar baiki jalan rosak

Liat bayar cukai, PBT sukar baiki jalan rosak

JOHOR BAHRU: Dianggarkan 40 peratus penduduk di kawasan Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) culas dalam membuat pembayaran cukai harta mereka, tahun lalu.

Datuk Bandar Pasir Gudang, Datuk Asman Shah Abd. Rahman berkata, perkara tersebut menyebabkan pihaknya mengalami kekurangan peruntukan untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan infrastruktur termasuk kerosakan jalan raya.

Menurutnya, ada dalam kalangan pemilik kediaman tidak membuat bayaran cukai harta mereka selama bertahun-tahun.

“Walaupun kita telah menaikkan kadar bayaran cukai bermula tahun ini dengan pemberian rebat 30 peratus, namun peningkatan perolehan tidak besar, hanya sekitar RM10 juta hingga RM12 juta, itupun sekiranya semua penduduk membuat pembayaran segera.

“Sehubungan itu, kita telah buat permohonan bagi menambah peruntukan antara RM20 juta hingga RM30 juta kepada Sistem Maklumat Rekod Jalan Raya Malaysia (Marris) untuk membaiki kerosakan jalan-jalan,” katanya selepas Majlis Pedoman MBPG 2024 yang diadakan di Dewan Muafakat Taman Mawar, Pasir Gudang, di sini. – UTUSAN

The post Liat bayar cukai, PBT sukar baiki jalan rosak appeared first on Utusan Malaysia.

Scroll to Top