
Rupa paras berseri, putih cerah bak selebriti. Memahami keinginan gadis hijabi moden yang inginkan kulit cerah dan sekata, pakar serum terkemuka, Dermistry+ memperkenalkan Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum. Sis nak tahu rahsianya?
Impian mencerahkan kulit sebenarnya boleh dicapai dengan serum yang tepat. Dengan dos kepekatan yang betul dan amalan konsisten, sis boleh menikmati kulit sihat dengan selamat. Setiap produk Dermistry+ juga dihasilkan oleh pasukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) terbaik, malah menepati standard farmaseutikal kecantikan.
Dermistry+ Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum merupakan pilihan yang selamat dan dipercayai untuk kulit yang lebih sihat bermaya. Berasaskan sains dan teknologi moden, serum ini diperkaya dengan bahan-bahan penting yang terbukti efektif untuk mencerahkan wajah!
Jadi, apakah rahsia sains di sebalik keserian kulit yang menakjubkan ini? Dermistry+ Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum memadukan teknologi terkini dengan bahan-bahan aktif seperti 0.1% Retinol untuk memperbaiki kulit kusam dan kasar, 5% Niacinamide untuk menghilangkan tanda jerawat dan bintik gelap, serta 5% Vitamin C untuk mencerahkan dan menyekatakan warna kulit.


TEKNOLOGI
Ketahui rahsia kejelitaan kulit dengan merungkai dua bahan utama iaitu Vitamin A (Retinol) dan Vitamin C yang menjadikan Dermistry+ Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum pilihan terbaik untuk mengatasi tanda-tanda penuaan serta memberikan kesan kulit yang segar.
Pasukan penyelidik Rohto telah merumus serum ini secara teliti, menyeimbangkan kepekatan bahan aktif Vitamin A (Retinol) dan Vitamin C dalam satu. Gabungan sinergi kedua-dua bahan ini tidak hanya memberikan impian kulit cerah bercahaya, tetapi juga mengatasi masalah penuaan dengan mantap.
Kandungan serum:


1. 0.1% Retinol – Memperbaiki Kulit Kusam & Kasar
Memperbaharui sel kulit untuk melahirkan tona yang lebih berseri-seri.
2. 5% Niacinamide – Menghilangkan Kesan Jerawat & Bintik Gelap
Bahan pencerah yang sangat berkesan untuk menghilangkan bintik gelap dan kesan jerawat bagi mendapatkan tona kulit yang lebih sekata.
3. 5% Vitamin C – Mencerahkan & Menyekatakan Tona Kulit
Antioksidan yang meresap jauh kedalam kulit, memberikan kilauan dan meningkatkan kecerahan semula jadi.
4. Bebas daripada derivatif haiwan, alkohol, paraben, pewarna, pewangi, minyak mineral, silikon, dan MIT. Produk ini sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif.
Kebanyakan produk penjagaan kulit di pasaran mengandungi Vitamin C, tetapi tidak semuanya berkesan. Dermistry+ Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum diperkaya kandungan 5% Vitamin C, sejenis antioksidan berkuasa untuk membantu mencerahkan kulit.
Untuk menguji keberkesanan Vitamin C dalam serum ini, anda boleh melakukan uji kaji ringkas menggunakan iodin. Titiskan serum ke dalam iodin dan saksikan perubahan ajaib ketika ia berubah menjadi jernih dalam beberapa saat.


Kecepatan perubahan ini menunjukkan kekuatan antioksidan yang tinggi dalam serum ini. Ini bukan sekadar serum, tetapi satu penyelidikan cermat ke dalam keajaiban sains untuk kulit anda!
Ramai pengguna telah mencuba sendiri Ultra Illuminating Concentrate Brightening Booster Serum dan menyaksikan perubahan dramatik dalam masa 14 hari. Bayangkan kulit makin sihat dan cerah!






Satu produk dengan kesan yang menakjubkan. Ia juga telah diuji secara klinikal berkesan:
• Kulit lebih cerah 87%
• Garis halus dan kedutan berkurangan 87%
• Mengurangkan kedutan crow’s feet secara efektif dalam 14 hari 7.76%




Tanpa bahan-bahan kimia yang merosakkan sel, Dermistry+ cukup disegani dalam menguruskan masalah kulit sukar dirawat. Sesuailah dengan nama Dermistry+ itu sendiri, yang bermaksud dermatology dan chemistry, atau ‘Pakar Serum’ kerana keberkesanannya.
Dermistry+ Concentrate Booster Serum kini boleh didapati di gedung farmasi Watson’s, selain melalui platform online seperti Lazada dan Shopee pada harga RM90. Layari platform Dermistry+ untuk pembelian sekarang!
Website: https://dermistry.com.my
Facebook: https://www.facebook.com/DermistryMY
Watsons: https://www.watsons.com.my/all-brands/b/155230/dermistry
Shopee: https://shopee.com.my/mymentholatum
Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/my-mentholatum/?path=promotion-423130.htm&tab=promotion
#Dermistry
#DermistryMalaysia
#SerumExpert
#PreciseDosageBoosterSerum
#BoosterSerum

Amira Othman, salah seorang dari bekas bintang realiti Akademi Fantasi yang kini namanya semakin menyinar. Penyanyi yang popular dengan lagu ‘Jaga-Jaga’ dan Mimpi Indah tampak cantik dan bebas jerawat, rahsianya amal makan oren dan minum 8 gelas air kosong sehari.
Pelakon utama I Love U Abang Bomba ini dilihat mempunyai kulit yang cantik tanpa ada sebarang masalah. Wanita cantik berasal dari Johor ini tidak lokek berkongsi rahsianya menjaga kecantikan wajah dan kekal menawan.
Kulit sihat tidak pakai solekan sembarangan


Kulit muka saya jenis yang sensitif dan mudah ditumbuhi jerawat. Jadi, saya mengambil langkah untuk tidak mengenakan sebarang solekan yang sembarangan. Saya hanya menggunakan label solekan Clinique atau produk berasaskan mineral atas saranan doktor.
Amalkan petua tradisional untuk perawatan wajah?
Saya hanya mengamalkan pengambilan buah-buahan. Tambahan lagi, buah oren kaya dengan vitamin C yang sangat baik untuk kesihatan kulit. Selain itu, saya cuba menghabiskan lapan gelas air kosong sehari.
Jenama produk penjagaan kulit yang Amira gunakan sekarang?


Memandangkan kulit saya sangat sensitif, saya cuma dibenarkan memakai Cetaphil sebagai pencuci dan penyegar manakala krim pelembap yang berasaskan mineral.
Produk suplemen kecantikan wajah yang digunakan?
Buat masa ini, saya mengamalkan Blackmores untuk penjagaan kulit dan menambah tenaga agar cergas sentiasa.
Artikel berkaitan: Walaupun Berhijab, Amira Othman Tetap Pentingkan Fesyen. Yang Penting Elegan & Sopan!
Jenis solekan pilihan Amira saat bercuti atau melancong?


Waktu senggang saya memang jarang bersolek, dan hanya bersolek pada waktu kerja sahaja. Jika keluar bersama teman-teman, selalunya saya hanya akan mengenakan pensel kening disebabkan memiliki kening yang tebal dan harus disikat dengan teliti.
Kekerapan Amira melakukan sesi rawatan wajah di spa?
Lazimnya, saya akan mengunjungi pusat perawatan kecantikan untuk urutan badan atau kepala saja. Memandangkan saya sering diserang migrain, jadi saya mengunjungi spa setiap dua minggu sekali.
Produk kecantikan yang wajib ada di dalam tas tangan?


Pemerah pipi, gincu dan pensel kening.
Definisi cantik buat Amira?
Pada saya, cantik ini sesuatu yang subjektif. Muslimah itu cantik apabila dia sentiasa menjaga setiap gerak-gerinya. Perlu berkeyakinan, pertuturan yang matang juga bijak, juga yang sentiasa menjaga imej diri.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari majalah HIJABISTA
Artikel berkaitan: “Dah Lama Nak Nyanyi Lagu ‘Air Tangan’ Faizal”- Teruja Duet Bersama, Impian Amira Jadi Realiti!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Amira Othman

Umum sedia maklum, jika bergelar selebriti perlu sentiasa tampil cantik, jelita, menawan dan sempurna di khalayak ramai. Ini demikian kerana, sebagai public figure seorang selebriti itu akan sentiasa menjadi sorotan, rujukan mahupun role-model kepada para peminatnya.
Perkara ini juga diakui oleh pelakon jelita, Riena Diana yang masih hijau dalam industri hiburan tanah air. Malah, katanya sebagai selebriti dia juga tidak terkecuali dari mengalami masalah kulit dan perlu sentiasa menitikberatkan penampilan sebelum tampil di khalayak umum.
Riena Diana Atasi Masalah Kulit Kering Dengan Dua Rutin Ini!


Jelas Riena, antara masalah kulit yang sering dihadapinya adalah mempunyai tekstur kulit kering kerana sering terdedah kepada sinaran matahari ketika menjalani pengambaran sebagai pelakon.
Justeru, untuk sentiasa tampil flawless dan mengekalkan kesegaran kulit wajah Riena sempat berkongsikan bersama Hijabista ‘Rahsia’ yang diamalkan agar masalah tersebut dapat diatasi.
Artikel berkaitan: “Ini Bahan Semulajadi Berkesan, Allah Ciptakan,” – Natasha Hudson Dedah Rahsia Kulit Menawan, Guna Bahan Semulajadi Je!
“Setiap pagi bila Riena bangun, pertama sekali Riena akan cuci muka terlebih dahulu, lepas cuci muka Riena akan buat skincare routine, dan dua benda terpenting yang Riena amalkan adalah toner dan juga moisturizer.
“Dua benda ni paling penting sebab, sebenarnya kulit saya sangat kering, bila kering susah untuk make-up stay atau tahan lama pada wajah, terutamanya ketika pengambaran. Jadi bila amalkan dua rutin ini, make-up lebih smooth dan tahan lama serta tak merekah.
WAJIB Prep Muka Sebelum Bersolek!


Menurut Riena lagi, antara petua yang diamalkan untuk menjaga kesegaran kulit wajah adalah pastikan sebelum melakukan skin routine pada wajah ambil sedikit masa untuk prep wajah dengan pek ais terlebih dahulu.
“Tapi sebelum pakai dua benda tu (toner dan moisturizer), Riena akan tempek pek ais dulu dekat muka, pek ais tu beli dekat shopee murah-murah je awak.
“Tonyoh je dekat muka sebelum pakai produk penjagaan kulit wajah. Sebab pek ais ni akan buatkan kulit wajah kita lebih segar dan bermaya,” ujarnya.
Ketika ditanya berkenaan bagaimana Riena mengekalkan make-up yang tahan lama pada wajah terutamanya ketika cuaca panas dan sibuk memenuhi jadual ayaya seharian, ini respon beliau.
“Riena kalau pagi atau tak kemana-mana memang tak akan pakai make-up. Melainkan kalau tengahari atau petang sikit nenek saya, akan ajak saya keluar baru lah saya pakai make-up dan tips untuk make-up tahan lama adalah duduk bawah kipas, atau air cond kalau tak memang make-up akan cair tau!,” seloroh Riena.
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Sumber Foto: Instagram Riena Diana
Artikel berkaitan: Wajah Bukan Penentu Usia, Sasha Saidin Kongsi ‘Rahsia’ Kulit Awet Muda! Khusus Buat Hijabi
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.

Sebelum mindset kita salah, baik kita buat research dulu. Takut nanti menyesal dikemudian hari. Sebarang produk yang dioleskan muka pasti mempunyai bahan yang dikawal yang dipiawai oleh pihak berkenaan.
Namun ada juga segelintir yang eggan melihat keaslian bahan produk itu sendiri. Nah, maka timbul lambakan produk-produk ciplak di pasaran. Baru-baru ini tular di media sosial jenama produk kecantikan tempatan yang dimiliki oleh aktres jelita Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin diciplak.
Wawa Berang Pihak Tak Bertanggungjawab Jual Produk CIPLAK!


Demikian tegas pelakon dan usawan terkenal Wawa Zainal susulan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang menjual produk tiruan Wawa Cosmetics di pasaran terbuka.
“Sampai sekarang saya masih geram. Saya memang takkan halalkan pendapatan diperoleh mereka hasil daripada menjual produk ciplak Sunscreen Wawa Cosmetics,” ujarnya, yang menyedari perkara ini selepas mendapat aduan daripada ‘re seller’ dan pengguna.
“Akhirnya mimpi buruk yang dialami peniaga lain terjadi pada saya. Selama ini saya hanya mendengar masalah usahawan lain apabila produk mereka diciplak. Tindakan mereka sangat jahat dan begitu berani seolah-olah produk itu milik mereka.
Produk Tiruan Tiada Jaminan Keselamatan, Risikokan Pengguna


“Apa yang saya lebih risaukan adalah soal kesihatan pengguna yang sudah membeli produk tiruan itu. Saya takut jika terjadi apa-apa pada mereka hingga memudaratkan kulit. Perkara sebegini memang tidak difikirkan oleh pihak yang menjual barang tiruan. Mereka tahu nak duit dan untung saja.
“Tidakkah mereka sedar perbuatan itu salah? Berhentilah menganiaya orang ramai. Kalau tak ada duit, carilah kerja halal lain. Jangan mencuri hasil titik peluh orang,” katanya.
Menurut Wawa yang juga penaja program Big Stage musim kelima, pihaknya sedang berusaha untuk mengesan pihak tidak bertanggungjawab itu sebelum menyerahkan kepada pihak berkuasa.
Artikel berkaitan: Airmata Ibu Bapa Wawa Zainal Tumpah! Terima Hadiah ‘Rumah’, Kini Menetap Di Kuala Lumpur!
“Sekarang ini saya dan pasukan sedang giat memberitahu semua ‘re-seller’ dan pengguna khususnya macam mana nak bezakan produk asli dan tiruan. Saya berharap mereka jelas dan tidak terpedaya.
“Walaupun produk Wawa Cosmetics dijual di semua platform dalam talian, tapi ciri-ciri khas seperti kod bar, warna dan kualiti kandungan tetap diutamakan. Insya-Allah, perkara ini juga kami akan bawa ke depan agar ia tidak berulang lagi,” katanya.
Artikel berkaitan: ‘Anak Kembar’ Bakal Jadi Pelengkap Keluarga, Wawa Zainal Berhasrat Lakukan IVF!
Untuk info gaya hidup, kerohanian, tip kecantikan dan kesihatan terkini. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Hijabista. Klik di sini.




