Anwar sampaikan sumbangan kepada Jay Jay

Anwar sampaikan sumbangan kepada Jay Jay

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada penyanyi pop veteran, Mohd Fauzi Darus atau Jay Jay yang popular dengan lagu Rindu Bayangan.

Setiausaha Politik beliau, Farhan Fauzi telah mengunjungi Jay Jay yang dilaporkan dirundung sakit kronik melibatkan jantung dan kini sedang menjalani rawatan susulan di Institut Jantung Negara (IJN).

“Saudara Farhan meluangkan masa mendapat makluman terkini terkait keadaan kesihatan beliau selain turut menyampaikan sedikit sumbangan dari pihak saya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Anwar turut mendoakan agar Jay Jay kembali sihat seperti sediakala.

“Mendoakan saudara Jay Jay lekas diberi afiyah lantas dikurniakan kekuatan dan kecekalan, Insya-Allah,” tulis Perdana Menteri menerusi hantaran di Facebooknya. – MalaysiaGazette

Scroll to Top