Indianapolis: Perenang Amerika Syarikat (AS), Katie Ledecky menggenggam tiket ke Sukan Olimpik buat kali keempat selepas memenangi acara 400 meter (m) gaya bebas wanita dalam saingan Percubaan Pasukan Olimpik AS, di Indianapolis, awal pagi tadi.
Ledecky memastikan slotnya ke Paris akhir dengan menamatkan acara itu dalam masa tiga minit 58 saat (s) mengatasi masa tempat kedua Paige Madden 4:02.08.
Bagaimanapun, Madden tidak layak menyertai pasukan Olimpik dalam acara 400m itu.
“Sebelum turun ke kolam renang saya hanya melihat sekeliling dan cuba menikmati saingan di sini,” kata Ledecky yang juga pemenang pingat emas tujuh kali.
“Bukan mudah capai tahap ini, tanpa sokongan anda semua ia tidak akan bermakna. Ia adalah malam yang menakjubkan,” katanya.
Seorang lagi perenang, Jillian Cox menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan 4:06.89.
Sementara itu, Aaron Shackell meraih slot kategori lelaki bagi acara sama untuk mara ke Paris.
Shackell merakam kepantasan 3:45.46 di tempat pertama, manakala Kieran Smith mengakhiri saingan di belakangnya dengan 3:45.76.
© New Straits Times Press (M) Bhd




