Masalah dalaman tak gugat 'nafsu' KL Rovers dalam liga

Masalah dalaman tak gugat 'nafsu' KL Rovers dalam liga

sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Pemain Kuala Lumpur (KL) Rovers tetap akan memberikan komitmen di dalam setiap perlawanan meskipun pelbagai isu sedang mereka lalui di Liga A1 Semi-Pro MSBB Bank ketika ini.

Menurut Sharul Amin Nasharuddin, dirinya mengakui memang perkara itu sedikit sebanyak boleh menganggu rentak permainan serta persembahan di dalam padang tetapi sebagai pemain, mahu atau tidak dirinya atau pemain yang lain harus memberikan yang terbaik apabila diturunkan.

“Pada kami, isu luar (tunggakan gaji) semua itu, kami tak bawa masuk ke padang. Kami main sebab minat dan kerana itu kami bagi 100 peratus.

“Isu luar, kita tak nak dengar, kita selesaikan dalam padang. Yang penting, kita dapatkan keputusan positif dalam setiapkan perlawanan,”katanya.

Selain itu, dia juga memaklumkan mereka memang kekurangan latihan disebabkan beberapa perkara namun begitu, dirinya tetap berpuas hati kerana perancangan serta taktikal yang diinginkan oleh jurulatih dilaksanakan dengan baik oleh pemain.

Ketika ini, KL Rovers berada di kedudukan ketiga liga dengan 14 mata selepas tujuh perlawanan apabila berjaya mencatat empat kemenangan, dua seri dan satu kekalahan.

Mereka berpeluang untuk memintas kedudukan Melaka FC di tangga kedua yanf dibezakan dua mata sahaja sekiranya menang namun ia bukan tugas mudah apabila bakal menerima kunjungan pendahulu liga, Imigresen FC di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras esok (hari ini).

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top