Baru Saja Kongsi Berita Gembira Hamil Kembar Tiga, Kini Kieda Crepe Alami Keguguran | Oh! Media

Baru Saja Kongsi Berita Gembira Hamil Kembar Tiga, Kini Kieda Crepe Alami Keguguran | Oh! Media

Pada 7 Julai, seorang ahli perniagaan Khalieda Yusra atau lebih dikenali sebagai Kieda Crepe telah berkongsi berita gembira tentang kehamilannya.

Sudah sekian lama Kieda dan suaminya menunggu khabar gembira itu. Dikatakan, dalam kandungannya mempunyai anak kembar tiga (triplet).

Tetapi baru-baru ini Kieda telah berkongsi di laman TikToknya @kiedacrepepenang bahawa dia telah mengalami keguguran.

Katanya di dalam satu video, dia mempunyai masalah kantung terbalik, jadi disebabkan itu juga susah untuk memeriksa keadaan bayi dalam kandungan.

Difahamkan, pada mulanya degupan jantung bayi masih didengari namun apabila dia pergi untuk pemeriksaan seterusnya degupan jantung bayi sudah tidak ada.

Patutlah alah semakin hilang, rupanya jantung baby sudah berhenti. Anak-anak ibu sudah tinggalkan ibu.

Tambahnya lagi, kantung bayi yang pertama dan kedua juga sudah semakin mengecil, manakala untuk bayi ketiga pembesaran normal tetapi degupan jantung tidak didengari.

Di video yang dikongsi, Kieda juga mengucapkan terima kasih kepada ‘triplet‘ kerana hadir di dalam rahim walaupun hanya 10 minggu 6 hari. Dia berharap agar mereka berjumpa di syurga kelak.


Scroll to Top