67 individu sertai program Kayuhan Madani Peneraju 2024

67 individu sertai program Kayuhan Madani Peneraju 2024

sukan@hmetro.com.my

Kuala Terengganu: Bagi menzahirkan semangat cintakan negara, warga Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Terengganu (PPDKT) mengadakan program Kayuhan Madani Peneraju 2024, semalam.

Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Terengganu, Khairi Mohd Noor berkata, program kayuhan itu bersempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-67 negara.

Beliau berkata, kayuhan sejauh 25.5 kilometer (km) itu disertai 67 peserta membabitkan warga PPDKT, guru besar, pengetua dan pelbagai agensi luar termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Program kayuhan bermula dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Haji Abdul Rahman Limbong sebelum kembali ke titik permulaan di SMK Haji Abdul Rahman Limbong.

“Setiap hentian kayuhan disambut dengan pelbagai aktiviti menarik disediakan pihak sekolah termasuk nyanyian lagu patriotik.

“Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara warga pendidikan, jabatan kerajaan dan komuniti setempat, malah menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan peserta dan masyarakat,” katanya.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top