Viral di Threads, @umar_othmann, seorang penasihat jualan kereta, berkongsi kisah pelanggannya yang bergaji RM3,000 tetapi mahu membeli Mercedes-Benz A45S 4Matic Plus, berharga lebih RM312,000.
Umar juga terkejut bila pemuda itu hanya mampu sediakan RM5,000 sebagai bayaran muka, sedangkan jumlah sebenar yang diperlukan mencecah RM200,000.
Dengan ansuran bulanan RM3,161 dan gaji yang tak mencukupi, Umar pening kepala nak bantu.

Walaupun Umar cuba cadangkan kereta yang lebih mesra bajet, pemuda itu tetap berkeras mahu kereta mewah setaraf, seperti Honda DC5.
Dalam catatannya, Umar meluahkan kekecewaannya terhadap generasi muda yang kurang sedar tentang batas kewangan mereka.




