Arkansas, Amerika Syarikat: Pemain golf New Zealand, Steven Alker melakar kejutan apabila muncul pendahulu pada hari pertama Kejohanan Bank Simmons di Lapangan Little Rock, Arkansas, semalam.
Alker, 53, mengenepikan pemain pilihan dari Afrika Selatan, Ernie Els sekali gus memimpin carta sebagai pemain terbaik keseluruhan.
“Ia hari yang sukar sebenarnya, tetapi saya gembira berjaya mengkhiri saingan pusingan pertama di tempat teratas.
“Apabila melihat kepada papan carta pemain, motivasi saya meningkat apabila melihat nama saya mengatasi pesaing lain.
“Saya mahu kekalkan momentum ini sekali gus cuba mengintai peluang memenangi saingan,” katanya.
Begitupun, Alker akui Els mampu memintasnya jika dirinya gagal mengekalkan konsistensi.
“Saya perlu lipat gandakan usaha dan cuba mengekal momentum. Lawan lain juga bukan calang-calang dan mereka mampu mengejar,” katanya.
© New Straits Times Press (M) Bhd




