Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan Polis Thailand Bersama Ribuan Pil Kuda?

Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan Polis Thailand Bersama Ribuan Pil Kuda?

Seorang penyanyi wanita popular Kelantan merupakan antara enam individu yang ditahan oleh pihak polis Thailand bersama ribuan biji pil kuda dalam serbuan di sebuah hotel di Sungai Golok, Narathiwat pagi semalam.

Menurut laporan Kosmo Online, difahamkan, kesemua suspek termasuk tiga wanita berusia antara 25 hingga 34 tahun tersebut ditahan di sebuah bilik hotel selepas selesai berhibur di pusat hiburan di bahagian bawah hotel terbabit.

Menurut sumber, ketika serbuan pada pukul 5 pagi tersebut, mereka sedang berehat di dalam bilik.

“Hasil pemeriksaan di dalam bilik tersebut pihak polis Thailand menemukan kira-kira 6,000 biji pil dipercayai pil kuda.

“Pihak berkuasa Thailand kemudian telah menahan dan membawa kesemua rakyat Malaysia tersebut ke Balai Polis Sungai Golok,” kata sumber tersebut.

Dalam pada itu, Kosmo! sedang mendapatkan pengesahan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tahanan rakyat Malaysia tersebut.

Kredit / Sumber Berita: Kosmo Online

Scroll to Top