Jofliam Beri Teguran Kepada Cik Epal Selepas Tiba Di Indonesia | Oh! Media

Jofliam Beri Teguran Kepada Cik Epal Selepas Tiba Di Indonesia | Oh! Media

Ramai sedia maklum bahawa pempengaruh dan usahawan Pizza Wagyu, Jofliam kini berada Indonesia selepas video berjalan bersama Dewi di negara jiran itu tersebar.

Terbaru Jofliam memberi teguran kepada bekas isterinya, Cik Epal supaya tidak melibatkan orang lain dalam isu mereka.

Jangan Libatkan Anak-Anak Orang Lain

jofliam

Tolong jangan libatkan anak-anak orang lain dan ibu bapa orang lain dalam pertelingkahan kita.

Untuk katakan seseorang tidak berguna se sen pon, adalah satu perkataan berat dan tidak manis seolah-olah mereka ni tidak ada ibu bapa yang perlu di jaga aib dan air muka.

Bagi Jofliam, isu antara mereka berdua sudah di tahap keterlaluan dengan penggunaan kata-kata yang tidak manis.

Jangan libatkan orang lain dan menarik orang lain dalam ketidaksefahaman kita.

Tolong berhenti sebarkan benda yang kurang enak dibaca dengan dendam yang mula nya hanya antara kita.

#OhmediaNasihat

Harap Jofliam dan Cik Epal mendapat jalan penyelesaian yang baik kerana isu melibatkan mereka berdua semakin hangat diperkatakan oleh netizen.

Scroll to Top