saufi@mediaprima.com.my
PENGGUNAAN laptop sudah semestinya menjadi sebahagian daripada kehidupan pengguna pada ketika ini untuk memenuhi rutin.
Bagaimanapun, wujud kerencaman dalam pemilihan laptop yang sesuai untuk beberapa kategori pengguna.
Dalam soal ini, kategori pengguna yang mendominasi adalah golongan pelajar, profesional iaitu pengguna untuk tugas rutin harian dan pengguna yang memerlukan kuasa prestasi seperti penyedia kandungan.
Pelajar
– Golongan ini perlu melihat fokus utama pembelian kepada mobiliti laptop itu dengan jangka hayat bateri yang tahan lebih lama.
– Pada masa sama, laptop yang lebih ringan menjadi keutamaan kerana ia memudahkan golongan pelajar untuk dibawa ke mana saja serta ketahanan bateri tanpa memerlukan pengecasan.
– Untuk kapasiti storan pula, jenis storan SSD 256GB hingga 512GB sudah memadai kerana kebanyakan pelajar tidak memerlukan saiz yang besar untuk penyimpanan fail.
– Bagi paparan pula, skrin dengan definisi penuh (FHD) sudah memadai untuk memenuhi keperluan golongan pelajar.
Profesional
– Apabila menyentuh golongan profesional, laptop yang sering dicadangkan adalah tahap keselamatan yang baik memandangkan golongan ini banyak menyimpan fail penting atau fail sensitif majikan.
– Untuk itu, laptop dengan keupayaan kunci keselamatan jari biometrik adalah satu kemestian dengan keupayaan cip pemproses.
– Selain itu, laptop yang dilengkapi dengan modul keselamatan berlapis seperti jari biometrik, pengesanan wajah mampu memenuhi pengguna golongan ini.
– Bagi sambungan pula, sokongan terhadap HDMI, USB dan USB-C Thunderbolts mampu memudahkan tugas harian
Penyedia kandungan
– Menyentuh penyedia kandungan, golongan ini memerlukan laptop paling berkuasa kerana ia turut merangkumi tugasan suntingan video, pembinaan model tiga dimensi (3D) sehingga kepada animasi.
– Laptop ini juga perlu dilengkapi dengan kad grafik seperti RTX atau AMD Radeon untuk kemudahan suntingan.
– Kapasiti storan juga perlu sekitar 512GB hingga 1TB memandangkan fail yang akan disimpan adalah bersaiz besar.
– Pemilihan laptop ini perlu dilengkapi dengan sistem penyejukan yang sangat baik.
© New Straits Times Press (M) Bhd




