[VIDEO] Promosi Single ‘Bertahan Demi Cinta’ Di Indonesia, Nur Fazura Kongsi Perasaan Selepas Bercerai – “Tiada Penyesalan”

[VIDEO] Promosi Single ‘Bertahan Demi Cinta’ Di Indonesia, Nur Fazura Kongsi Perasaan Selepas Bercerai – “Tiada Penyesalan”

Pelakon dan selebriti, Nur Fazura mengaku tidak menyesal melalui perceraian selepas tujuh tahun membina rumah tangga bersama bekas suami, aktor Fattah Amin.

Di ruangan media sosial TikTok, tular sebuah video memaparkan Fazura membuat kemunculan di media Indonesia selepas sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu.

Ketika disoal mengenai pengalamannya, Fazura secara terbuka menyatakan dia tidak menyesal bercerai meskipun sudah habis memperjuangkan rumah tangga.

“Sejujurnya saya sudah berkahwin selama tujuh tahun, tetapi baru-baru ini saya bercerai sebulan yang lalu. Tiada penyesalan.

“Saya sangat berbangga saya kekal tabah dan saya telah memberikan sepenuhnya dalam perkahwinan itu,” katanya sambil tersenyum.

@xtra_my

Replying to @UMMIJA | KAKAK NUFIYA KELANTAN Kata Fazura dia sudah pun memberikan yang terbaik dalam perhubungan sebelum ini #fyp #xtra #fazura #nyanyi #live #tiadapenyesalan #cerai #fattahamin #beritaditiktok #sembangentertainment

♬ original sound – XTRA – XTRA

Fazura berkata demikian ketika hadir ke program bual bicara Sea Today di Jakarta, Indonesia bagi mempromosikan single terbarunya berjudul ‘Bertahan Demi Cinta’.

Sebelum ini, aktres filem popular Manisnya Cinta Di Cappadocia ini telah memfailkan tuntutnan hadanah terhadap Fattah.

Fazura dan Fattah Amin sah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober lalu selepas aktres itu memfailkan perceraian pada 13 September 2024.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Fatima, 4, yang kini berada di bawah jagaan aktres itu.

Scroll to Top