Harga petrol naik, lelaki ubah van mainan Barbie jadi kenderaan harian

Harga petrol naik, lelaki ubah van mainan Barbie jadi kenderaan harian
Harga petrol naik, lelaki ubah van mainan Barbie jadi kenderaan harian

Dia memberhentikan kereta itu untuk tujuan mengisi minyak. Foto Agensi

WASHINGTON – Seorang lelaki di Amerika Syarikat mencuri perhatian ramai selepas mengubah sebuah van mainan Barbie berwarna merah jambu menjadi kenderaan harian bagi menjimatkan kos petrol yang semakin melambung.

Mali Hightower, 30, dari Ellenwood, Georgia mengubah suai van mainan Power Wheels Barbie Dream Camper dengan memasang enjin kecil daripada mesin pencuci tekanan supaya boleh digunakan di jalan raya.

Menurutnya, kos mengisi minyak kereta Mercedes-Benz miliknya sebelum ini mencecah kira-kira AS$90 (RM357.30) menyebabkan dia mencari alternatif lebih murah untuk bergerak.

“Itu terlalu mahal. Saya guna kenderaan ini bila boleh,” katanya sambil menjelaskan dia turut memasang rak barang pada van mini tersebut untuk membawa barangan runcit.

Aksi semasa dia memandu. Foto Agensi

Aksi semasa dia memandu. Foto Agensi

Kenderaan unik itu menjadi simbol kreativiti rakyat Amerika yang semakin tertekan dengan kenaikan harga petrol susulan konflik di Asia Barat.

Menurut Persatuan Automobil Amerika (AAA), harga purata petrol di negara itu meningkat kepada AS$4.52 (RM17.94) segelen berbanding sekitar AS$3 (RM11.91) sebelum perang Iran tercetus.

Kenaikan tersebut menyebabkan ramai rakyat Amerika mula mengubah gaya hidup termasuk menggunakan pengangkutan awam, mengehadkan perjalanan dan mencari alternatif lebih murah untuk bergerak.-Agensi

Scroll to Top