Pendakwah selebriti, Da’i Syed mengaku mahu berjuang membersihkan namanya atas tuduhan merogol seorang wanita lima tahun lalu.
Katanya usai prosiding kes di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada hari ini, kes melibatkan dirinya itu sangat sukar, namun dia sedaya upaya berjuang untuk membersihkan melakukannay sehingga ke hari ini demi isteri, anak dan keluarganya.
“Saya perjuangkan sampai ke tahap ini pun bukan untuk orang lain, tapi untuk keluarga, isteri dan anak saya juga. Kes ini memang sangat sukar bagi saya.
“Saya tidak mahu anak saya membesar nanti dalam keadaan trauma dan sedih dengan kata orang luar. Jadi saya disini untuk membersihkan kembali nama saya Insya-Allah,” katanya.

Dalam pada itu, peguam yang mewakili pemilik nama sebenar, Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful, iaitu Amin Othman memaklumkan prosiding yang dijalankan pada hari ini hanyalah berkaitan pengurusan kes iaitu menfailkan petisyen rayuan.
Dan, perbicaraan kes akan disambung semula pada 10 Disember depan.
Terdahulu, Dai Syed dibebaskan selepas 21 hari meringkuk dalam penjara sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi didengar dan diputuskan.
Dan, pada 30 Ogos lalu, Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen kerana merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.
Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie di akhir kes pembelaan.
Sebaik mendengar keputusan itu, bapa anak satu itu dilihat menangis teresak-esak di dalam kandang tertuduh.
Hakim dilapor menolak permohonan tertuduh untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman selepas mendapati tiada keadaan khas bagi membolehkan mahkamah membenarkan permohonan tersebut.
![]()
![]()

Dalam pada itu, pada 10 April 2023, Hakim Rihaida Rafie melepas dan membebaskan pendakwah tersebut daripada tuduhan berkenaan tanpa memanggilnya membela diri.
Pada 10 Disember 2020, Syed mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang ketika kejadian berusia 23 tahun dalam bilik di sebuah kondominium di I-City di Seksyen 7, jam 1.35 malam pada 11 September 2019.
Dia didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.
Seramai 18 saksi pendakwaan dipanggil memberi keterangan pada perbicaraan bermula April 2022.
Pada 31 Mei 2022, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya turut melepas dan membebaskan Syed Shah Iqmal daripada dua pertuduhan melakukan persetubuhan di luar tabii dan mencabul seorang penuntut kolej swasta.
ARTIKEL BERKAITAN: Titip Doa Sempena Ulang Tahun Da’i Syed, Hana Ismail Mohon Urusan Dipermudahkan – “Moga Allah Angkat Musibah Kita”
ARTIKEL BERKAITAN: 21 Hari Da’i Syed Dipenjara, Hana Ismail Enggan Ulang Peristiwa Hitam Besarkan Anak Seorang Diri – “Tabik Dengan Wanita Jadi Ketua Keluarga”
ARTIKEL BERKAITAN: Selepas 21 Hari Meringkuk Dalam Penjara, Da’i Syed Bebas Dengan Ikat Jamin Sementara Tunggu Rayuan
ARTIKEL BERKAITAN:Selesai Rekod Persetujuan Nafkah Idah & Anak, Fazura Fail Tuntutan Hadanah Terhadap Fattah Amin
Sumber: OhBulan




