Kanak-kanak lelaki cedera dipercayai didera rakan ibu

Kanak-kanak lelaki cedera dipercayai didera rakan ibu

mhafis@mediaprima.com.my

Petaling Jaya: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun cedera di mata dan badan, dipercayai didera penjaga sementara yang juga rakan ibunya di Taman Desaria, di sini.

Perbuatan itu terbongkar selepas doktor yang merawat mangsa di hospital menyedari kecederaan itu mencurigakan dan membuat laporan polis, kelmarin

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, pihaknya menerima maklumat pada 10.55 pagi dan siasatan awal, mangsa mungkin didera rakan ibunya.

“Mangsa cedera di bahagian mata, tangan kiri dan kanan serta luka di punggung.

“Satu kertas siasatan dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-kanak 2001.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kes boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat iaitu Inspektor R Daamotaran Naiidu 019-6551269,” katanya dalam kenyataan malam ini.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top