“Buat Malu Tau” – Feeya Iskandar Cari Orang Kerja RTM, Berang ‘Order’ Katering Tapi Tak Bayar | Oh! Media

“Buat Malu Tau” – Feeya Iskandar Cari Orang Kerja RTM, Berang ‘Order’ Katering Tapi Tak Bayar | Oh! Media

Penyampai radio Suria FM, Feeya Iskandar meluahkan rasa berang dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang membuat tempahan katering tetapi tidak membayarnya.

Menerusi satu hantaran di Instagram, Feeya memohon bantuan pengikut jika mengenali sesiapa yang bekerja dengan Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Feeya atau lebih mesra disapa Cik Piah ingin bertanyakan mengenai bayaran untuk tempahan terbabit.

“Hujung-hujung cakap tak ada budget, buat malu tau” – Feeya Iskandar

feeya iskandar

Cik Piah mendakwa, tempahan katering tersebut dibuat seorang individu untuk acara makan-makan. Individu berkenaan berjanji bayaran akan dibuat dua minggu selepas acara selesai.

Namun, sehingga ke hari ini tiada bayaran dibuat dan individu terbabit dikatakan memberi alasan tiada ‘budget’.

Buat malu tau, dah buat makan-makan, dah order dulu lepas tu suka-suka hati cakap tak dapat bayar. Ko ingat katering laki aku tu modal guna air liur ke? Geramnya. Mohon ada sesiapa kenal orang kerja RTM tak? Nak tanya pasal bayaran.

Kata Cik Piah lagi, sebaiknya bayaran segera dibuat selepas tempahan untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku.

Cik Piah minta bantuan sesiapa kerja RTM

cik piah

Tengah usahakan katanya. Eh jap takkan masa order kau tak tahu ada budget ke takde budget. WhatsApp semua email semua pun ada ni.

Penyampai radio ini juga tidak dapat menerima alasan menyatakan tiada ‘peruntukan’ untuk membayar tempahan yang dibuat.

Sebagai seorang peniaga, suaminya memerlukan modal pusingan untuk meneruskan perniagaan.

#OhmediaNasihat

Bila membuat tempahan atau perjanjian, pastikan segala urusan bayaran dibuat dengan jujur dan tepat pada masanya.

Sikap bertangguh atau ‘lepas tangan’ hanya akan menyusahkan pihak lain, terutamanya mereka yang mencari rezeki melalui perniagaan. Diharapkan isu ini selesai cara baik.


Scroll to Top