Bekas Menantu Zainal Abidin Kini Bahagia Dengan Suami Baharu – “Rasa Terharu Pertama Kali Seorang Lelaki Jadi Imam Solat”

Bekas Menantu Zainal Abidin Kini Bahagia Dengan Suami Baharu – “Rasa Terharu Pertama Kali Seorang Lelaki Jadi Imam Solat”

Bekas menantu jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk Zainal Abidin iaitu Suzur Sofia Smeth akhirnya mendedahkan foto terkini bersama suami tercinta, Syafiz Azman.

Menerusi perkongsian di TikTok, Sofia memuat naik beberapa foto memaparkan gambar keluarga iaitu bersama suami dan anak mereka, serta menitipkan ucapan sempena ulang tahun kelahiran jejaka yang telah menambah hatinya itu.

“Selamat hari jadi, suamiku Syafiz Azman. Walaupun banyak perkara yang berlaku dan benda buruk yang kita lalui, saya akan tetap menyayani awak. Seorang ayah dan suami, saya sangat bersyukur dan beruntung memiliki awak di sisi. Awak curahkan kasih sayang kepada anak-anak dan saya dengan penuh rasa cinta dan perhatian,” katanya.

Dalam perkongsian sama, Sofia turut tidak peduli terhadap kritikan orang ramai kerana hanya dia yang mengenali suaminya dengan lebih mendalam.

“Saya tak perlu nak mendengar apa orang kata pasal awak sebab saya lebih kenal awak. Saya yang hidup dengan awak 24/7. Tak ada apa yang perlu sorok. Kita masing-masing ada kisah silam, awak sebahagian daripada saya,” katanya.

Sementara itu, Sofia juga meluahkan rasa terharu apabila suaminya bertanggungjawab dalam menjaga ibadah solat.

“Saya sangat terharu dan menitis air mata bila pertama kali seornag lelaki bergelar suami menjadi imam solat. Bila awak pergi kerja, awak akan hubungi saya dan tanya ‘dah solat belum?’. Saya masih belajar.

“Baca yassin selepas Maghrib tunggu waktu Isyak dah jadi rutin harian kita. Anak-anak pun bersama dengan kita. Saya sangat bangga dengan awak, suamiku.

“You know why i am amazed, sebab saya banyak belajar dari awak. Sangat banyak. Jangan risau sayang, setiap hari adalah hari ulang tahun. Semoga Allah terus melindungi suamiku, permudahkan segala urusan suamiku,” katanya.

Sekadar info, Sofia sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Zaiza pada 15 Januari 2016, dan hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Zaynedine Sulaiman, 7, dan Seri Zayana, 3.

Bagaimanapun, mereka telah bercerai talak satu pada 14 Jun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan.

Artikel Berkaitan: “Inilah Gila Talak!” – Dakwa Belum ‘Move On’, Suzur Sofia Dedah Masih Diganggu Anak Zainal Abidin Hassan… Siap Ada Akaun Palsu?

Artikel Berkaitan: Mengaku Tak Bersalah Pukul Bekas Isteri, Anak Zainal Abidin Hassan Diikat Jamin RM5,000

Scroll to Top