“Saya Bukan Lagi Puan, Saya Cik…” – Berseloroh Ketika Live, Fazura Akui Terhibur Dengan Respons Peminat

“Saya Bukan Lagi Puan, Saya Cik…” – Berseloroh Ketika Live, Fazura Akui Terhibur Dengan Respons Peminat

Pelakon dan penyanyi, Fazura menegaskan bahawa dia kini bukan lagi bergelar Puan sebaliknya boleh dipanggil dengan panggilan Cik memandangkan dia kini kembali solo.

Menerusi perkongsian video di TikTok, Fazura atau nama penuhnya, Nur Fazura Sharifuddin, 41, berseloroh ketika sesi live berlangsung sekaligus berkongsi respons peminatnya.

Kata Faz, dia terhibur apabila melihat reaksi segelintir peminat yang masih memanggilnya dengan panggilan Puan.

“Oh, saya bukan puan… saya cik. Cik Fazura. Salah pula kan?

“Betul saya Cik. Tahu pula you all semua ya. Semalam kan ada lah Faz pergi restoran, lepastu pelayan tu tanyalah ‘Apa khabar Puan Fazura?’ Then, saya pun kata ‘Saya Cik’. Dia pun ketawa.

“Kadang-kadang benda kecil yang kita buat joke buat orang happy, kita pun automatik akan happy,” katanya.

Berdasarkan pemerhatian XTRA, ruangan komen pada video berkenaan telah ditutup.

Namun, setakat artikel ini ditulis video berdurasi 34 saat itu telahpun menerima lebih 100,000 tontonan dan menerima lebih 3,000 tanda suka sejak ia dimuat naik.

Terbaharu, menerusi muat naik terkini di Instagram, Fazura turut berkongsi sepotong video pendek memaparkan dirinya dalam busana berona hitam didakwa sedang menjalani penggambaran.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian adalah kapsyen yang tertera pada hantaran dibuat aktrres itu yang tertulis ‘Alexa, play everyone that played me’.

Scroll to Top