Pelakon, penyanyi dan pengacara, Janna Nick mencuri perhatian selepas berkongsi sepotong video pendek menerusi Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian tersebut, Janna dan suaminya, Dini Schatzmann hadir melawat sahabat baiknya dikenali sebagai Aida yang baru sahaja menimang cahaya mata perempuan.
Dalam hantaran berkenaan, Janna kelihatan sebak apabila rakan baiknya yang dikenali sejak berumur enam tahun itu sudi berkongsi momen bahagia tersebut dengannya.
“Sebab teman baik saya dari kecik kini dah bergelar ibu. I am so happy for her.
“Dan saya bersyukur apabila dia sudi berkongsi momen tersebut dengan saya.” katanya.
Mengulas lanjut, pelantun lagu Gatal itu berkesempatan menitipkan doa agar semua pejuang dua garis biru pada tahun ini dikurniakan rezeki untuk mendapatkan zuriat.
“Semua geng try to conceive (TTC), akan dapat baby tahun 2025 ni. Tahun ini saya nak jadi lebih positif,” katanya.
Terdahulu, Janna terkilan apabila ada individu tidak bertanggungjawab memfitnah suaminya, Dini Schatzmann mempunyai hormon wanita lebih sekaligus didakwa menjadi punca mereka belum dikurniakan zuriat.
ARTIKEL BERKAITAN:Usaha Dapatkan Zuriat, Janna Nick Mahu Kekal Positif -“Saya Biasalah Mentally Unstable”
ARTIKEL BERKAITAN:Alami Masalah Resdung Kronik, Janna Nick Bakal Jalani Pembedahan Sinus Gara-Gara Seekor Kucing – “Kalau Hidung Mancung Bukan Saja-Saja Tau…”
ARTIKEL BERKAITAN:[VIDEO] Bawa Telekung ‘Travel’ Dalam Beg, Janna Nick Terima Pujian Netizen – “Semoga Allah Hadirkan Malaikat Kecil”
ARTIKEL BERKAITAN:Janna Nick Kesal Dini Didakwa Ada Lebih Hormon Wanita, Jadi Punca Belum Dikurniakan Zuriat




