am@hmetro.com.my
Alor Setar: Operasi mencari dan menyelamat (Carilamat) untuk mengesan tiga nelayan yang hilang sejak kelmarin diteruskan, hari ini.
Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kedah/Perlis Laksamana Pertama Maritim Romli Mustafa berkata, operasi dengan keluasan sektor pencarian sejauh 51.48 batu nautika persegi bermula 7.30 pagi.
Menurutnya, ia membabitkan bot dari APMM, Pasukan Polis Marin dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
“Setakat ini belum ada sebarang petunjuk atau maklumat berkaitan ketiga-tiga nelayan terbabit,” katanya.
Semalam media melaporkan tiga nelayan termasuk dua beranak hilang selepas tidak pulang selepas melakukan aktiviti menangkap ikan menggunakan pukat rawai.
Mereka iaitu Asrulhisham Zainon, 47, dan anaknya, Mohd Aiman, 17, serta Mohd Amin dipercayai keluar menangkap ikan di sekitar kedudukan 10.9 batu nautika barat Pulau Payar.
© New Straits Times Press (M) Bhd




