Menteri Pertahanan akan jelaskan isu sewa helikopter RM16.6 bilion – Anwar

Menteri Pertahanan akan jelaskan isu sewa helikopter RM16.6 bilion – Anwar

suzalina@bh.com.my

Kuala Lumpur: Isu berkaitan sewaan 28 helikopter jenis AW139 bernilai RM16.6 bilion akan dijelaskan oleh Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan perkara itu apabila ditanya mengenai dakwaan wujudnya skandal baharu berkaitan sewaan helikopter terbabit.

“Menteri Pertahanan akan jelaskan,” katanya ringkas kepada pemberita ketika ditemui selepas melancarkan dua jilid buku yang berjudul ‘A Malik Bennabi Reader’ serta penubuhan Institut Antarabangsa Pengajian Masa Depan di Institut Pemikiran dan Tamadun Islam Antarabangsa (ISTAC), hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Hamzah Zainudin bahawa wujud skandal baharu terpalit kerajaan berkaitan sewaan 28 helikopter jenis AW139 yang bernilai RM16.6 bilion.

Ahli Parlimen Larut ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat, semalam mempersoalkan mengapa sewaan helikopter berkenaan begitu mahal sedangkan negara lain boleh saja membelinya dengan harga lebih rendah.

© New Straits Times Press (M) Bhd

Scroll to Top