Di Kota Tangerang, Banten, Indonesia pihak polis telah membongkar perbuatan keji seorang guru mengaji yang didakwa mencabul muridnya sendiri.
BACA: Bomoh Ini Cabul Pesakit, Kononnya Merawat Akibat Terkena Sihir!
Dengan muslihat licik, suspek mendakwa dirinya mendapat mimpi bahawa mangsa sedang sakit dan hanya dapat disembuhkan melalui perbuatannya yang tidak bermoral.
Penyakit sembuh dengan air mani?

Memetik laporan CNN Indonesia, pihak polis mendedahkan suspek berpura-pura mendapat ‘petunjuk’ melalui mimpi bahawa dirinya mengalami kesakitan pada tangan dan hanya boleh disembuhkan dengan air mani daripada mangsa.
Ibu bapa yang menyedari perubahan pada anak mereka tampil membuat laporan polis menyebabkan suspek melarikan diri.
Ditangkap lepas sebulan larikan diri

Selepas sebulan bersembunyi, suspek akhirnya berjaya diberkas pada 29 Januari lalu. Hasil siasatan pihak mendapati suspek telah mencabul kira-kira 20 orang mangsa.
Perbuatan keji itu dilakukan di rumah suspek bermula tahun 2017 sehingga 2024.





