Pelakon popular, Bella Astillah akhirnya bersuara mengenai hubungan akrabnya dengan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.
Dalam siaran langsung di TikTok, Bella, atau nama penuh Dayang Ara Nabella Astillah, 30, menjelaskan bahawa segala kemesraan yang dipamerkan kepada umum bukanlah sekadar gimik atau strategi pemasaran semata-mata.
“Saya tak pernah suka pada gimik. Apa yang korang nampak tu memang betul, bukan untuk marketing. Semua ini terjadi dengan sendirinya, tanpa ada arahan atau paksaan,” ujarnya.
@febbyfeb_98 he so kind🥰 #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #fyp #fy #couple #sweet #trending #terbaru #syedsaddiq #bellaastillah
Sementara itu, berdasarkan video siaran langsung lain yang tular di platform sama juga, Bella menyifatkan Saddiq seorang jejaka yang sangat baik hati.
Menurutnya, Saddiq bukan sahaja sentiasa mendengar keluh kesahnya, malah dia juga berperanan sebagai penyembuh setiap kali Bella merasakan kesedihan.
“Saya nak jujur, YB adalah seorang lelaki yang sangat baik. Kalau saya menangis, dialah orang pertama yang akan mendengar dan memberi sokongan.
“Dia adalah pendengar yang terbaik dan tidak pernah membuatkan saya rasa lebih sedih. Malah, dia adalah orang yang membuatkan saya ketawa semula,” katanya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja mendengar kenyataan Bella yang seolah-olah memberi bayangan mengenai desas desus mengatakan dia dan Saddiq sedang hanngat dilamun cinta.
@ayuuariffin84 Bella bersedih bukan kerana YB dan YB sangat baik #fyp #bellaastillah #syedsaddiq #bella #viral #sad @bellaastillah_94 @syedsaddiq
♬ bunyi asal – nostalgia lagu lama&baru – M.riduan_official92
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Peminat Back Up Bella Astillah Apabila Dituduh Tak Jaga Batas Pergaulan Dengan Syed Saddiq
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Puteri Sarah Akui Syed Saddiq Beri Pengaruh Positif Dalam Hidup Bella Astillah – “Kalau Mereka Serius, Saya Sangat Gembira”
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Netizen Jadi Perisik, Dakwa Syed Saddiq & Bella Astillah Ada ‘Couple Keychain’ Beri Hint Bercinta? – “Kalau Ada Perasaan Je Akan Matchy-Matchy Ni…”