Sejak kebelakangan ini, nama pelakon Datin Intan Najuwa sering menjadi perbualan segelintir netizen yang seolah-olah tidak berpuas hati dengannya.
Menerusi siaran langsung di TikTok, seorang individu mempersoalkan amalan ibadah selebriti itu dengan nada sinis.
“Tak solat ke, Datin? Asyik nak cantik je?,” soal individu tersebut.
Tidak berdiam diri, aktres berusia 29 tahun itu segera membidas komen yang dianggap tidak masuk akal itu.
“Apa soalan awak ni? Apa kena mengena cantik dengan solat? Lari sangat soalan itu.
“Kalau awak tanya soalan tu dalam kelas, nanti awak kena halau dari kelas itu sebab soalan tu lari dari topik macam langit dengan bumi,” balasnya.
Meninjau ruangan komen, rata-rata netizen menasihati Intan agar tidak melayan komen negatif sebegitu.
@inayahbeautytrading Aduhai netizen pun 😭🤣 #intannajuwa #berryfull #gattox #tiktok #fashasandha #fyp #viral




