Baru-baru ini, isteri kepada pelakon Fizo Omar, Fazeera Nazri, mengumumkan bahawa beliau sedang hamil anak ketiga.
Pasangan ini sebelum ini telah dikurniakan dua cahaya mata, Wan Khaleeda dan Wan Umaira.
Namun, berita gembira ini tidak disambut baik oleh semua pihak. Ada netizen yang menganggap jarak usia anak-anak Fazeera terlalu rapat dan bimbang pasangan ini tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya kepada kesemua anak mereka.
Ada pula netizen kecam kehamilan ketiga Fazeera…

Tidak berdiam diri, Fazeera meluahkan rasa kesal apabila golongan wanita sendiri cuba menjatuhkan kaum hawa yang lain dengan isu-isu yang dianggap tabu dalam masyarakat.
Saya rasa tidak perlu wanita sesama wanita ‘down’ kan wanita lain. Sikit-sikit cakap ‘stress nanti anak ramai’, ‘ada pembantu rumah senang lah’, ‘badan nak pakai lama’, ‘mengandung lagi?’, ‘suami tak kesian dekat isteri?’
Beliau menegaskan bahawa setiap anak adalah rezeki daripada Allah SWT dan tidak sepatutnya dipersoalkan.
Jika anda melalui waktu sukar dalam perkahwinan atau kehamilan, tak perlu nak babitkan orang lain untuk kaitkan dengan kisah anda. Berdosa ke saya yang sudah bersuami ini mengandung? Kalau rezeki, takkan kita nak tolak kan?

#ApaKataOhmedia
Kecaman terhadap kehamilan Fazeera Nazri menunjukkan betapa mudahnya netizen membuat andaian tanpa memahami situasi sebenar. Setiap pasangan mempunyai perancangan dan rezeki masing-masing.
Sebagai masyarakat, kita seharusnya memberi sokongan dan mendoakan yang terbaik, bukannya menjatuhkan antara satu sama lain. Semoga Fazeera dan Fizo terus tabah menghadapi dugaan ini dan dikurniakan keluarga yang bahagia.





