Zalif Sidek Dari Pelayan Restoran, Yellow Man Digi Sehingga Ke Dunia Lakonan | Oh! Media

Zalif Sidek Dari Pelayan Restoran, Yellow Man Digi Sehingga Ke Dunia Lakonan | Oh! Media

Zalif Sidek, anak jati Terengganu, merupakan figura seni yang kini dikenali sebagai pelakon utama dan penghibur berbakat. Namun, perjalanan seninya tidak bermula dengan mudah.

Bermula dalam jurusan Hospitality and Tourism Management, Zalif pernah bekerja sebagai pelayan restoran sebelum menemui minat dalam dunia seni. Peluang kecil sebagai pelakon ‘extra’ membuka matanya terhadap industri hiburan, dan dari situ, beliau mula menapak dalam dunia lakonan.

Dikenali dengan gaya lakonan bersahaja dan ekspresi mencuit hati, Zalif berjaya membawakan pelbagai watak, daripada komedi hingga peranan serius. Dalam episod podcast ini, beliau berkongsi kisah suka duka, jatuh bangun, dan perjalanan inspirasi dari seorang pelajar perhotelan ke bintang layar perak.

Ikuti perbualan eksklusif ini dan kenali lebih dekat perjalanan seni Zalif Sidek.

Scroll to Top