Meskipun ramai yang menganggap drama arahan pelakon, pengarah, penerbit, dan penulis skrip, Erma Fatima agak keterlaluan kerana mempamerkan babak yang dianggap melampau, namun sebagai seorang yang peka dengan isu sosial, drama itu sekadar medan untuk memberikan pengetahuan kepada masyarakat.
Kata Erma menerusi sepotong video tular di TikTok, drama Keluarga Itu dibuat berdasarkan realiti kehidupan sebenar yang berlaku di luar sana.
Malah, elemen yang dianggap keterlaluan itu juga adalah untuk mendidik masyarakat supaya tidak tabu dengan isu yang diketengahkan.
“Apa yang berlaku dalam Keluarga Iu memang banyak yang berlaku dekat luar sana. Ini bukan cerita khayalan, ini cerita realiti.
“Dayus sikap seorang ibu dan ayah ini adalah tidak ada sikap cemburu pada anak. Kena ada. itu pasal kena periksa telefon, media sosial mereka.
“Kenapa saya create watak ustazah itu adalah kerana perempuan ni it takes two to tango. Kita banyak dengar kes dekat luar sana contohnya, budak bawah umur. Sekarang budak bawah umur tak macam bawah umur. 18 tahun dah menggelitat dah.
“Jadi, bila terjadinya perkara itu (terlanjur) yang akan hidup hancur adalah budak lelaki itu kerana sudah ada kes terlanjur sedangkan perkara itu dibuat atas persetujuan bersama.
“Masalah sosial sedang tenat di luar sana, sebab itu kena berhai-hati dengan anak-anak,” ulasnya.
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata warganet memuji mesej yang ingin disampaikan Erma menerusi drama tersebut.
Bahkan, ramai yang menganggap sebagai seorang dramatis, Erma berjaya mendedahkan sisi gelap yang berlaku dalam masyarakat.



Sementara itu, ketika ditanya sama ada drama rantaian itu akan tampil dengan musim kedua, Erma bagaimanapun menegaskan, drama arahannya seperti Perempuan Itu, Lelaki Itu dan Keluarga Itu tidak akan ada musim kedua.
“Kita tidak ada musim dua dalam erti kata Keluarga Itu.
“Drama lain seperti Perempuan Itu, Lelaki Itu juga tidak akan ada musim kedua. Kita tak main season-season dua ni,” tegasnya.
Sekadar info, drama 30 episod itu akan disiarkan pada setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3.
Drama Keluarga Itu juga menampilkan barisan pelakon hebat seperti, Datuk Rosyam Nor, Datin Paduka Umie Aida, Puteri Balqis, Amir Ahnaf, Fattah Amin, Izara Aishah, Muaz Zabir dan ramai lagi.




