Usahawan sensasi, Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, mencuri perhatian apabila secara bersahaja meminta tawaran berlakon daripada penerbit dan pengarah terkenal, Erma Fatima.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Kak KM mendedahkan bahawa Erma sebenarnya mahu mengambil anaknya sebagai pelakon, namun, anak kepada aktres veteran Normah Damanhuri ini sebaliknya menawarkan diri sendiri.
“Kak Erma nak ambil anak kita jadi pelakon, tapi patutnya mak dia dulu. Sayang (panggilan Kak KM) pun nak berlakon juga, tapi janganlah bagi watak perempuan biasa. Bagi watak mak ayam ke, boleh,” selorohnya.
Tidak cukup dengan itu, Kak KM sempat mengusik Erma dengan menyebut bahawa pengarah hebat itu baru sahaja terpalit kontroversi membabitkan dua drama terbitannya.
Menjengah ke ruangan komen, netizen rata-rata terhibur dengan permintaan berani Kak KM.
Ada juga yang memuji penampilannya yang kelihatan lebih manis ketika bertudung.
Sekadar info, jangan lupa saksikan drama Keluarga Itu terbitan Erma Fatima pada setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 9 malam hanya di TV3.
Episod baharu Keluarga Itu juga boleh ditonton 24 jam lebih awal menerusi strim di Tonton.
@kakkmshop